Monday 29 February 2016

PERTANDINGAN PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH LANGKAWI 2016



SMKKD telah menghantar dua orang wakil bagi kedua-dua kategori sekolah menengah iaitu :-




Bahasa Inggeris 
Sekolah Menengah.
Saudari Ayesha Naseem - 5ST 
berjaya menjadi Naib Johan , 
Tahniah, diucapkan!


Bahasa Malaysia Sekolah Menengah 
(Saudari Fatin Fatini Bt Jahidi - 5ST)
 berjaya menjadi Naib Johan , 
Tahniah diucapkan.          
Majlis Penutupan dan Perasmian Pertandingan Tokoh Nilam Peringkat Daerah  Langkawi 2016.
                                               



                                          Tokoh Nilam dari SMKKD bergambar bersama Guru Nilam SMKKD, Pn. Fairuz Shahirah bt Saad.




Majlis penyampaian sijil kepada pemenang oleh Pegawai PPD Langkawi, Tn.Hj Marzuki B. Hj. Daud, B.C.K.,B.K.M.





Program ini dianjurkan oleh PKG Daerah Langkawi dengan kerjasama PPD Langkawi pada 28 Februari 2016 bersamaan hari Ahad. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan bertempat di PKG Kuah Langkawi yang dirasmikan oleh Pegawai PPD Langkawi, Tuan Hj. Marzuki Bin Hj. Daud B.C.K.,B.K.M.

Tujuan penganjuran program ini adalah untuk mewujudkan daya usaha untuk persaingan yang sihat dan membina kekuatan minda serta menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti. Selain itu, bertujuan untuk melahirkan tokoh murid yang minat membaca, mengamalkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21, berketerampilan dan mempunyai sikap kepimpinan.