PROFIL

Matlamat Pusat Sumber

Ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

Definisi Pusat Sumber
·         Pusat Sumber adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diuruskan secara sistematis.
·         Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai asas serta kemahiran maklumat pendidikan.

Objektif
 
·         Kecemerlangan pendidikan - meningkatkan mutu pengajaran & pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.
·         Penggunaan kemudahan - mengalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
·         Pemupukan tabiat belajar - memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis.
·         Penghasilan bahan - membantu murid dan guru menghasilkan, menilai dan meggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran & pembelajaran.
·         Perkhidmatan pembelajaran - mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan murid.
·         Kemahiran maklumat - melatih murid menggunakan maklumat dalam proses pembelajaran.

Fungsi
·         Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum.
·         Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.
·         Merupakan tempat bahan pengajaran & pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
·         Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat yang lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
·         Memberi panduan mencari, mengguna, menghasilkan dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
·         Mengalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
·         Menyediakan peluang murid mengembangkan kemahiran maklumat.
·         Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
·         Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan pengembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
·         Menyediakan alatan reprografi dan rakam salin serta memberi perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran.

Kemudahan Bilik dan Sudut Pusat Sumber

Perpustakan
 
Untuk tujuan:-
·         Pengajaran dan Pembelajaran
·         Pinjaman bahan bercetak
·         Rujukan bahan bercetak
·         Bersantai dengan bacaan ringan
·         Aktiviti ko-kurikulum akademik
·         Rakam salin

Pusat Akses
Untuk tujuan:-
·         Pengajaran dan Pembelajaran
·         Rujukan Bahan Internet
·         SAL

Bilik Alat Pandang Dengar
Untuk tujuan:-
·         Pengajaran dan Pembelajaran
·         SAl/PAK bahan
·         Pinjaman bahan elektronik
·         Pinjaman Peralatan Elektronik

Bilik Bahan Bantu Mengajar
Untuk tujuan:-
·         Pinjaman bahan bantu mengajar bukan elektronik


No comments:

Post a Comment